Tuesday, July 16, 2013

Ampunkan Daku !!

Assalamualaikum wrh wbt. Salam 7 Ramadhan 1434H.

Kerana HATI..

Kadang-kadang rasa malas menerjah diri ana yang serba kekurangan ni.. Malas nak beribadah pada Allah s.w.t.. ALLAHUAKBAR.. Betapa hinanya rasa.. Betapa hati ana tidak bersyukur pada DIA yang satu.. ALLAHURABBI.. Ampunkan ana Ya Allah.. 

Kadang-kadang muncul perasaan cemburu dengan kesenangan orang lain.. Tengok orang pakai kereta baru, ada rumah besar, ada "handphone" mahal, ada duit berkepuk-kepuk.. Allah.. betapa ana  tak sedar nikmat dan rezeki yang Allah s.w.t berikan pada ana terlalu banyak.. Tak terhitung nilainya.. ASTAGHFIRULLAH.. Ampunkan ana Ya Allah.. 

Kadang-kadang muncul perasaan cemburu dengan kecantikan gadis-gadis lain.. Kulit licin berseri.. putih mulus.. tinggi.. Allah.. Allah Allah.. Betapa lalainya ana dalam mensyukuri nikmat kesempurnaan tubuh badan yang Allah s.w.t berikan pada ana.. ASTAGHFIRULLAH.. Ampunkan ana Ya Allah.. 

~ Yang baik dari Allah s.w.t, yang buruk dari ana sendiri ~






Tuesday, July 2, 2013

Cinta pada yang Satu

Assalamualaikum wrh wbt. Selamat pagi Rabu.

Bergetar alunan zikrullah pada DIA yang Satu.
Sesungguhnya hati ini cukup tenang menyebut nama NYA di setiap hela nafas.

ALLAH ALLAH ALLAH.

Ya Allah, aku ini hamba MU yang hina. 
Hamba MU yang kerdil.
Hamba MU yang penuh dengan dosa-dosa.
Terimalah taubat ku.
Terimalah hijrah ku.
Ampunilah segala dosa-dosaku.

~ Yang baik dari Allah s.w.t, yang buruk dari ana sendiri ~

Saturday, June 29, 2013

:: Ustazah Rock ::

Assalamualaikum wrh wbt. Selamat pagi Sabtu. Salam Ukhwah.

Ustazah rock ?? Oh my Allah.. Hehehe.. Dapat gelaran tu kat downtown B.Tun Razak.. Oh my Allah.. Rasa nak gelak guling-guling.. Ade ke deme panggil ana ustazah rock ?? Tak patut tak patut.. hehe..




Wahai Incik Ajnabi,

Ana bukan ustazah la tapi tang rock tu ada la sikit-sikit.. hehehee.. Allah.. kelakor je bile dikenangkan tapi rase terkilan tetap ada.. Sebab ?? Ana rase terkilan sebab kenape muslimah yang menutup aurat, berjilbab, berniqab di beri macam-macam gelaran tapi gadis/mak gadis yang tak menutup aurat, tak pulak nak panggil macam-macam.. Allah Allah Allah.. Terkilan sungguh rase..


Sempit sungguh pemikiran orang zaman sekarang.. Ana tak nafikan, para niqabis memang golongan minoriti dalam Malaysia ni.. Tapi ana rase, tak perlu lah nak gelar macam-macam kan ??  


~ Yang baik dari Allah s.w.t, yang buruk dari ana sendiri ~

Friday, June 28, 2013

:: Dakwah Itu Amanah ::

Assalamualaikum wrh wbt. Yaumul Jumaah Saiyudul Ayyam. Salam ukhwah.

Bertalu-talu status di dinding mukabuku ana setiap kali ana "log-in".  Ada yang "update" status gembira, luahan hati, berita sedih, x lupe jugak ade yang status berunsurkan kemarahan. Rambut sama hitam tapi hati manusia ni lain-lain bukan ?? Hehe..

Tapi bicara ana kali tentang dakwah. Ana lebih terpanggil untuk berleter panjang-panjang tentang dakwah ni. Ramai di kalangan sahabat-sahabat di mukabuku ana lebih senang meng"update" status tentang isu-isu Islam serta berdakwah.. Alhamdulillah.. Syukur + seronok sangat ana rasa sebab ana dan sahabat-sahabat berkongsi rasa yang sama, mencari redha Allah s.w.t..

Kenapa ana memilih mukabuku sebagai medium dakwah ana ?? Takut orang kenal ana ?? Takut orang panggil ana bajet alim ?? Takut orang kata ana perasan bagus ?? 

Salah !!!

Sebab ana nak menjalankan tanggungjawab ana sebagai hamba Allah s.w.t. Sebab ana lebih takutkan dosa. Sebab ana tau, apa yang ana tulis, orang tetap baca walau pun orang tak suka. Peduli apa ana kalau orang tak suka. Yang penting Allah s.w.t redha. Dakwah ini meluas. Rugilah kalau kita sebagai hamba Allah s.w.t tak berdakwah. Pahala free Allah s.w.t bagi. 

Ana jugak bukan insan yang sempurna. Masih bertatih kata orang tua-tua. Tapi ana cuba.. Niat ana kerana Allah s.w.t. InsyaAllah. 

~ Yang baik dari Allah s.w.t, yang buruk dari ana sendiri ~